Ahahhahaaaa... BERJAYAAAA! AKhirnya...berjaya jugak ku heret McSteamy tgk Ombak Rindu....hehehheee.
Yang paling best....kitaorg tgk kat Ipoh Parade, last weekend...bleh...?
We went back to Ipoh last Friday, to attend McSteamy's cousin wedding. The nikah reception is on Saturday morning. And the reception is on Sunday.
So, since byk maser terluang....kitoarg curi2 ler lari gie tgk wayang. Book online ticket awal2....mcm agak kiasu kan :P
Aku terpanggil nak tgk cerita nie....sebab review from Asrol. Agak terjebak jugak biler dier kater..lakonan Maya Karin ( Izzah ) mmg best. Bukan juga sebab aku nak tgk Aaron tau..... Aku jugak x follow novel.....so mmg takkan teremo lebih2. Aku lebih tertarik nak tgk jalan cerita dier. Adakah naskah ini akan berjaya sebab diadaptasi dari novel. Harap2 tak mengecewakan seperti menonton Lagenda Budak Setan.
As for McSteamy...awal2 sudah kena gelak biler ckp nak tgk OR. Dgr tajuk pun dier dah turn off. Jiwang karat sgt katernya.....Tapi temankan bini punya pasal....maybe pasrah jer kot...! My least expectation pun, kalo dier boring dier tidor jer laaa dalam panggung tuh. Pasrah laaa untuk 2 jammm....termuntah layan citer Melayu...
However....it turn out to be....
McSteamy status update after watching the movie. |
Aku gelak besar biler habis jer tgk wayang, aku terus tanya McSteamy and dier ckp OK LAH!. Yessssssss...!!! As for me, biler dier ckp Ok tuh dah macam dapat Bonus!. Susah kot nak dgr McSteamy ckp cerita Melayu ok. ....Rating dier 8/10 okay. Mmg tinggi! Infact dier adalah pengkritik utama kalo tgk aku layan cerita2 Melayu. Mmg dier sgt tak bleh blah....
So, tak payah nak ckp byk lagi....Ombak Rindu mmg best. As of last weekend punya kutipan panggung, sudah cecah RM9 juta okay....target diaorg RM7 juta jer.
Cerita nie mmg sarat dgn emosi : Emosi Izzah ( Maya Karin), Harris ( Aaron Aziz ) and Mila ( Lisa Suriani ). Takder siapa2 pun yang merampas or perampas. Tak siapa boleh menyangkal bila hati berbicara. Tak siapa boleh melawan bila hati sudah jatuh cinta.
Siapa sangka...Harris boleh jatuh cinta dgn perempuan yang dibeli dari tempat pelacuran. Perempuan yang dier sendiri akui tidak layak dibuat isteri.....Akhirnya dier akur dan mengakui yang dier mmg terlalu sayangkan Izzah. Sgt2 sayangkan Izzah. Keegoan Harris luntur dek kelembutan dan keikhlasan Izzah.
Bagi Izzah yang mengakui dirinya hanya layak sebagai perempuan simpanan, mana mungkin timbul perasaan cemburu dan bersedih bila Harris mengahwini Mila. Baginya....dia tidak layak untuk menuntut apa2!
Bagi Mila, walaupun sudah berjaya menjadi isteri Harris....itu tidak dapat melunturkan rasa cinta Harris kepada Izzah. Tenyata cinta Harris dan Izzah terlalu agung.
Perkahwinan yang dirahsiakan juga tidak salah....kerana itulah jalan terbaik untuk menebus maruah Izzah.
Lakonan Maya Karin byk dah improve. Tapi aku sgt suka watak Harris. Lakonan Aaron Aziz mmg sgt terkesan. And aku akan sebak, tiap kali aku tgk Harris nangis. Air mata bleh buat2 okay....tapi biler Harris nangis sampai kuar air idung, itu mmg ori!
Jalan cerita yang sgt genius dan di olah dengan sangat baik oleh Osman Ali. Tahniah kepada semua crew produksi Ombak Rindu. Filem ini berjaya memartabatkan maruah filem2 di Malaysia. Jika Bollywood boleh bermegah dgn filem Mohabatein, Indonesia dengan Ayat2 Cinta...setidak2 nya aku raser Malaysia boleh berbangga dengan filem Ombak Rindu ini.
" Redha itu iklhas, pasrah itu menyerah " - Mila
Rating : 8.5 / 10
p/s : Aku tak pasti adakah Ombak Rindu ini berjaya mengeluarkan air mata jantan McSteamy... :P. Bagi aku dier x tido dalam panggung itu sudah cukup baik! hhahahahaa :D
1 comments:
byk kali aku dengar org kata citer ni best...tapi sampai skrang beratnya nak nengok ehehhe...
well, don't judge a book by its title...
ntah bila laa aku nak luangkan masa tengok...
Post a Comment