Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

April 16, 2008

Ceritera...

Raja itu ketawa terbahak - bahak dengan angkuhnya....
Angkuh dengan negeri kecil jajahan nya...
Bongkak dengan kuasa yang ada ditangan nya...

Lalu, datang bertanya seorang pemuda....

Tuanku... apakah yang kau banggakan dengan negeri kecil tuanku ini...? Rakyatmu menderita... Bukankan itu satu kegagalan bagi kau...

Gagal....? Jawab raja
Aku tidak gagal...... Rakyat takut padaku kerana aku berkuasa
Aku boleh buat apa sahaja yang terlintas di fikiranku...kerana aku yang mengawal kehidupan mereka
Nasib hidup mereka berada di hujung jari - jemari ku....
Jawab raja itu dengan bongkaknya

Tapi tuanku.... Bukankah tuanku menunjukkan kebodohan tuanku sendiri...?

Hey.... awas perkataan mu orang muda, marah Raja
Aku seorang Raja...mana mungkin aku bodoh..!

Tapi, tuanku harus ingat.... Ada satu lagi kuasa besar dari Tuanku. Dialah yang berhak mengawal semuanya.... Tidakkah tuanku takut pada kuasa itu..

Takut....?? Aku seorang Raja, mana mungkin aku takut
Aku tak perlu takut.....kerana seorang Raja tidak pernah bersalah

Tapi tuanku....mengapa perlu tuanku menzalimi dan menghukum rakyatmu sendiri...?

Aku tidak menghukum mereka.... Itu adalah balasan bagi orang yang tidak mahu mengikut kemahuanku...

Tapi tuanku.....

Ahh..sudah aku katakan tadi.... Aku seorang Raja...mana mungkin aku gagal, mana mungkin aku bodoh dan mana mungkin aku salah ....

Kuasa ditangan aku.... aku berhak buat apa saja....aku bebas berbuat apa saja, kerana aku yang berkuasa di negeri jajahan ini...
Raja itu bangun dari singgahsananya dan berdiri dengan angkuhnya, sambil tersenyum puas meyakini kekuasaan nya....dan berlalu pergi

Dia lupa bahawa seluruh dunia sedang mentertawakannya....Dia juga lupa bahawa kuasa kecilnya itu, tidak tertanding dengan kuasa yang satu itu....

February 14, 2008

A Prologue...

Petang itu, suasana sungguh nyaman. Dari kejauhan kedengaran suara girang burung berkicauan. Kanak - kanak riang bermain, seperti hari itu mereka yang punya...tiada batasan
Angin sepoi - sepoi bahasa menyapa lembut wajah Mak Pah. Wanita yang berumur lewat 70-an itu, masih gagah, sihat dan masih cantik. Rambutnya yang keputihan itu disanggul kemas

Di beranda rumah, Mak Pah menikmati keindahan petang itu sambil minum petang, Teh O panas dan karipap sardin buatan sendiri. Perlahan - perlahan dia meniup air teh itu sambil menghirup sedikit demi sedikit...

"Errmmm..sedapnya air teh o ini. Minum ketika masih panas...terasa hangat airnya sampai ker perut"... bisik Mak Pah sendiri

Sedang Mak Pah leka melayan perasaannya....dia terlihat sekawan semut yang sedang mengerumuni cebisan karipap yang terjatuh di atas meja.

" Issshh...mana datang pulak semut ni. Semalam baru aja sapu dan mop kat luar ni..." bebel Mak Pah.
"Hmmm....tak apa lah, semut jer pun..... Lapar agaknya semut - semut ni, bagilah makan..."bisik Mak Pah lagi

Sedang dia leka memerhati semut - semut yang berkerumun didepannya...fikirannya melayang pada seseorang....

"Aku rasa aku boleh hidup sampai tua dengan engkau "
" Kenapa "
" Yer lah..ko kan jenis tak kisah punya orang, dan aku rasa aku boleh cakap apa - apa dengan kau. Entah...aku rasa bila dah tua nanti, bila borak - borak...aku boleh cakap pasal semut dengan kau. Macam mana semut tuh gerak, badan dia, kaki dia...gemuk ke ramping ke"
" Ahahahahaa.... kelakar lah kau nie "

Mak Pah senyum penuh makna. Dalam - dalam dia menarik nafas panjang......