Aku hanya mampu pasrah. Melihat kehidupan yang dilalui berlalu dengan begitu sahaja..
Kosong...tanpa pengertian, tanpa pengisian. Sesungguhnya.....harapan dan impian itu sudah aku gantungkan jauh -jauh di suatu tempat. Membuatkan aku lupa apa yang aku harapkan, apa yang aku impikan. Dengan berharap, satu hari nanti akan ku ambil semula harapan dan impian yang telah ku tinggalkan itu untuk entah berapa lama
Apa yang aku harapkan...?
H****l lembut hati supaya dapat melepaskan aku dengan cara yang baik dan dapat memberi aku menjaga fayyadh.
Apa yang aku impikan...?
Bina hidup dengan orang yang tersayang
Perbualan terakhir dengan h****l, minggu lepas....mengaburkan lagi harapan itu. H****l masih lagi dengan keputusan dia. Untuk mendapatkan hak dia...
Apa lagi yang boleh aku buat...? Sesunguhnya aku tidak termampu untuk berbuat apa - apa sekarang...
Aku tak mengharapkan apa - apa pun sekarang. Aku hanya membiarkan hidup ini berlalu macam air hujan....mengalir dari jalan raya, masuk ke longkang, masuk loji....kemudian entah kemana - mana tah. Aku malas nak merancang apa - apa dah dalam hidup ini... Apa yang jadi untuk hari ini...adalah untuk hari ini...untuk hari esok, tak tahu lagi. Tidak perlu merancang, tidak perlu mengawal kehidupan. Terpulang lah....apa yang nak jadi....
Setiap apa yang dilakukan dan setiap keputusan yang dibuat, aku tidak meletakkan perasaan ku disitu. Perasaan itu sudah hilang entah dimana....sudah aku campakkan jauh - jauh...Buatlah apa - apa sahaja untuk menghabiskan sisa - sisa untuk hari ini.... dan sementara untuk menanti hari esok, dan esok dan esok. Dari hari ke sehari dan begitu lah seterusnya
Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan beri yang terbaik untuk diriku......tapi apakah yang terbaik itu...?
The One With the new hello
3 months ago
2 comments:
macammana seseorang itu boleh begitu keras hati dan sanggup buat hidup someone yg dia penah sayang, married and live with, and mengandung dan beranakkan anak dia menderita?
macam mana hurt pun dia, takkan nak kena balas balik?
I think both parties are hurt skarang...tapi dulu? tak penah ada kebaikan kah?
hi apitz, aku selalu baca blog ko, selalu baca rintihan ko, tapi aku aku tak tau nak komen apa...cuma 1 je, u are a strong woman and for sure Fayyadh is proud for having you as his mother...
Post a Comment