February 21, 2008

Kenapa ek...??

Kenapa masyarakat Melayu kat M'sia ni pandang negatif kepada penceraian...???
Kalau penceraian itu membawa kebaikan kepada kedua - dua belah pihak ....
bukan kan lebih baik begitu...??
Perlu ke hidup bersama lagi kalau dah tak bahagia
Perlu ke nak diselamatkan lagi, kalau dah tak ader kasih sayang
Perlu ke..??

Orang kater...pikir pasal anak..?? Anak tak paham apa - apa....Yang dia nampak, ibu - bapa die tak mesra.... patut ker besarkan anak dalam keadaan yang macam tuh....dalam keadaan yang amat tak sihat...
Or.. demi anak, kedua2 belah pihak berpura - pura hidup bahagia.....bahagia ke mereka hidup begitu...?? Dan sampai bila nak hidup dalam kepura - puraan begitu....Anak itu akan membesar...dan die akan membesar dalam keadaan yang die keliru...kenapa mak bapak dia macam tuh ek..?? Dua - dua buat hal masing - masing....

" A happy child, is a happy parents "..... Tapi happy ker parents dier..... Cam maner anak tuh nak happy, kalau parents dier tak happy..??

Kenapa institusi syariah di M'sia ni agak lembap jugak lah..... Memang lah, tak baik runtuhkan masjid..... Tapi kalau masjid tuh pun terumbang ambing, robohkan jer lah....bina masjid baru yang lebih utuh dan kukuh..
Kenapa nak panjangkan process nie lama - lama.....?? Dan sepanjang process tuh pulak.... bukan hakim, bukan orang jabatan agama, bukan mahkamah yang tanggung dosa..... pasangan yang nak bercerai tuh jugak lah tanggung dosa...
So perlu ker nak tunggu berbulan - bulan..... tangguh - menagguh entah sampai biler nak abis...
Kalau orang dah tak suka, dah takder persefahaman , dah tak boleh bertolak ansur......kan lagi baik mereka berpisah ajer....

Kalau bercerai tuh tak baik.... kenapa Allah bolehkan cerai....? Kenapa ada wajib cerai , kenapa ada harus cerai.....??

Dan kenapa jugak Allah kurniakan lelaki dengan berbagai - bagai keistimewaan....antaranya
a) Boleh kawin 4
b) Suami boleh jatuhkan talak

Sedar tak kau wahai lelaki..... disebalik keistimewaan ini....datang dengan tanggungjawab yang lebih besar dan berat.....Tapi adakah kau melihat tangunngjawab itu....? Berhak kah kau menerima keistimewaan ini, jika tidak boleh memikul tanggunjawab yang diberikan. Usah kata hak sebagai ketua keluarga.....jika tanggungjawab sebagai ketua keluarga pun kau gagal
laksanakan....
Dan kenapa dengan hanya title suami itu..... kau sudah raser bongkak dah angkuh...?? Rasa sudah sangat besar..... yang kau boleh kuasai semua dan kau berlagak semua keputusan di tangan kau... Kau boleh suka - suka hati nak jatuhkan talak dan suka -suka hati tak nak jatuhkan talak..... ibarat gantung tak bertali " Aahh...suka hati aku lah....keputusan kat tangan aku....kalau aku tak nak, tak nak lah ".... Sangat lah ego kan..

Dan kenapa bila pasangan itu dah bercerai.....dan perempuan itu cepat2 kawin lain...kenapa ada suara - suara sumbang di belakang yang mengatakan....
" Padan lah beria - ria nak bercerai, rupanya dah ada lelaki lain "

Salah ke kalau perempuan tuh nak kawin.....kalau dia dah jumpa orang yang boleh bahagiakan dia dan dia yakin orang itu akan bahagikan dia....salahkan dia, hanya kerana dia mengejar kebahagiaan...

Kenapa perlu ader orang nak cakap - cakap belakang .... ?? Orang - orang yang cakap belakang nie, tak der kerja yer..... nak jaga tepi kain orang

Biarkan lah diaorang bahagia.... kau orang nak sibuk - sibuk kenapa ek..??

Sedarlah....tak semua orang yang kawin tuh nak mintak bercerai...tapi kalau perkahwinan yang dibina itu tidak membawa kebahagiaan.... perlu ker nak menzalimi diri sendiri..? Kenapa nak menghambakan diri pada sesuatu yang tak menjamin kebahagian...? Kenapa ek...??

Kenapa...??

7 comments:

ahahhahaaaaa...

entah...kadang orang susah nak paham....n ko kena paham, kite nie hidup dalam masyarakat yang ader mata, telinga yang suka memerhati aper orang buat....dan dalam masyarakat tuh pulak, ader ler segelintir yang suka sibuk dan amik tahu hal orang...yang diaorang nampak is luaran...yang dalaman tak nak amik tahu....padahal orang2 yang bz body nie tak der menyumbang aper2 pon kat kiter...dah tuh pesal nak sibuk lebey2 kan...buat lah hal msing2

- yang tak merasa, takkan memahami....yang mengalami akan memahami.. -

cayalahhh pittt berapi gila....aku sgt suka posting kau yang ni....so many people miserable in the marriage but still stay kan...just sebab takut anak2 and orang mengata kan....to me, anak2 boleh paham...kids these days are smart...tapi diorang dah besar nanti, they will leave the house...and u will end up bedua ngan your spouse balik...pikir tu je la kan....whether u want to be happy or not kan...

good one apit.

mendoakan semua yg terbaik untuk semua mereka2 yg melalui dugaan dalam alam rumahtangga. semoga dipermudahkan urusan oleh Allah dan bertemu kebahagian sebenar.

aku lom kawen and baru alami dugaan bercinta,tapi pendapat aku..mungkin 1st or 2nd marrige (or reletionship bercinta) tu tak panjang, allah jadikan dugaan utk pasangan tuh.

insyallah..akan ada the perfect other half utk kita..semua manusia yg tidak sempurna ni. seseorang yg menyempurnakan kita. two that harmony,yg complete each other.

mulut org kita takleh tutup pit, semua ada hak berkata, walaupun ia menyakitkan. mungkin kita, satu ketika dulu..pernah menjadi 'mereka' dari kacamata mereka..

salah mereka..mereka tak nampak. :) pelbagai 'perisa' manusia nih..kan?

apapun, sentiasa berfikiran positif, allah dah plan semua..adalah hikmahnya. apapun, learn from the mistake..ambik yg baik utk panduan masa depan,tinggalkan yg tak baik. kan?
(reminder to myself jugak nih..hehe)

i might not be a dear friend and never a close one.. but i always pray for the best to all. hanya itu yg mampu sebagai kawan.

*hugs utk fayyadh from auntie nad~

wahai apitt...

Bukan tak paham, bukan tak nak mengerti, bukan tak nak kasihan, cuma manusia ni suka ikut majoriti, kalau ramai orang cakap macam tu, maka macam tulah persepsinya, tapi kalau ramai orang cakap macam ini, maka macam inilah pulak jadinya..


Jadi, kalau tak nak jadi lalang, kita buat apa yang kita rasa betul dan kita selesa. Mesti ada pendirian. Bab - bab bercerai nih bukan perkara main-main, mmg byk yang kena di fikirkan. Jadi jadilah manusia yang lebih "BESAR" daripada situasi itu.

Hidup bukan utk sehari dua, akan datang masa di mana kita akan jadi pihak ketiga dan kita pulak yang akan "lebih nampak" apakah sebenarnya yang lebih baik bagi sesuatu situasi tersebut (mungkin kita ada pengalaman melaluinya). Jadi jangan terus "shutdown" nasihat orang di sekeliling, mungkin mereka itu adalah "pihak ketiga" yang mungkin "lebih nampak" daripada kita .

Tapi walau apapun, sesiapa yang ade masalah macam ni semoga tabah dan sabar kerana SABAR itu amat sebar hikmah-NYA

p/s: sorry, aku kasik komen sebagai anonymous - id takdak & etc..

hummm....thanks friends for all the toughts...really appreciate it... tq

: orang boleh kater aper2 jer yang diaorang nak, mulut orang kan maner leh tutup.... tapi yang merasa, yang terkena , yang mengalami...tetap aku dan aku jugak... :

I deserve to be happy...!!

stigma single mother.mmg cam tu.takkan tau ape perasaan until dah rase sdr living alone.
Ape beza jumpa soulmate cepat or lambat..sama je. Yang penting, u should be comfortable with ur partner.
I am not looking for a replacement, but if Allah kasik pasangan lain dalam masa yang cepat..takkan x mo terima kan??

ehhh....kak rin...singgah jugak kat blog gue...tq tq

hummm....life is so tough lately...lagi apit lawan...things are getting more and more complicated...

takper lah..rezeki masing2 kan...hope u keep strong...mudah2 ader syurga yang lain kat luar sana buat kak rin..tak perlu mencari...ur other half will find you someday

And i'm just looking for my hapiness...

U take care....hugs and kisses to you girlss...muahhhs