April 16, 2008

Ceritera...

Raja itu ketawa terbahak - bahak dengan angkuhnya....
Angkuh dengan negeri kecil jajahan nya...
Bongkak dengan kuasa yang ada ditangan nya...

Lalu, datang bertanya seorang pemuda....

Tuanku... apakah yang kau banggakan dengan negeri kecil tuanku ini...? Rakyatmu menderita... Bukankan itu satu kegagalan bagi kau...

Gagal....? Jawab raja
Aku tidak gagal...... Rakyat takut padaku kerana aku berkuasa
Aku boleh buat apa sahaja yang terlintas di fikiranku...kerana aku yang mengawal kehidupan mereka
Nasib hidup mereka berada di hujung jari - jemari ku....
Jawab raja itu dengan bongkaknya

Tapi tuanku.... Bukankah tuanku menunjukkan kebodohan tuanku sendiri...?

Hey.... awas perkataan mu orang muda, marah Raja
Aku seorang Raja...mana mungkin aku bodoh..!

Tapi, tuanku harus ingat.... Ada satu lagi kuasa besar dari Tuanku. Dialah yang berhak mengawal semuanya.... Tidakkah tuanku takut pada kuasa itu..

Takut....?? Aku seorang Raja, mana mungkin aku takut
Aku tak perlu takut.....kerana seorang Raja tidak pernah bersalah

Tapi tuanku....mengapa perlu tuanku menzalimi dan menghukum rakyatmu sendiri...?

Aku tidak menghukum mereka.... Itu adalah balasan bagi orang yang tidak mahu mengikut kemahuanku...

Tapi tuanku.....

Ahh..sudah aku katakan tadi.... Aku seorang Raja...mana mungkin aku gagal, mana mungkin aku bodoh dan mana mungkin aku salah ....

Kuasa ditangan aku.... aku berhak buat apa saja....aku bebas berbuat apa saja, kerana aku yang berkuasa di negeri jajahan ini...
Raja itu bangun dari singgahsananya dan berdiri dengan angkuhnya, sambil tersenyum puas meyakini kekuasaan nya....dan berlalu pergi

Dia lupa bahawa seluruh dunia sedang mentertawakannya....Dia juga lupa bahawa kuasa kecilnya itu, tidak tertanding dengan kuasa yang satu itu....

0 comments: