Ok laaa...kisah nie bukan berlaku kat aku....tp jadi kat mak aku. Last week, Selasa malam...
Received a call from my mom dalam pukul 10 .45pm cam tuh.... " Nasib mama tak baik laaa hari nie" intro my mom .....
So biler dah tau citer panjang lebar....terus laaa bergegas balik Gombak. Dier dah pergi klinik and dah buat polis report. Janji jumpa kat kedai makan...sebab dier lapar...
Otw to Gombak tuh saspen jugak....sebab katenya muka lebam2 kena tenyeh2 ngan perompak tuh.. Haissshhhhhhhh....geram jer dengar kan..
So synopsis kejadian :
Lebih kurang pukul 9.40 tuh my mom sampai rumah. So bukak gate nak parking kereta. Pada masa yang sama, kelihatan 2 orang berbangsa India menaiki sebuah motor berhenti di sebuah rumah jiran yang juga berbangsa India ( selang serumah ). Sangkaan my mom motor tuh nak jumpa neighbour tuh laaa kan tanpa rasa curiga apa2...
So selepas memasukkan kereta...my mom keluarlah dari kereta seperti biasa. Dan pada ketika itulah, salah seorang yang berada atas motor itu turun, berjalan ke arah my mom dan merentap beg tangannya. My mom menjerit dan melawan balik dari begnya direntap. Ketika itulah dier terseret dan terjatuh dihadapan rumah jirann sebelah. Perompak yang masih tidak berjaya itu, menolak2 muka my mom untuk mendapatkan beg...sehingga laaa tali beg itu terputus. Kebetulan ada jiran2 sebelah yg terdengar jeritan my mom dan keluar melihat apa yang berlaku....perompak itu terus melarikan tanpa berjaya dengan sebarang hasil.
Alhamdulillah....syukurrrrrr. Takda apa berlaku tuh my mom. Just muka my mom jer bengkak2... Beg tak kena ragut, takder apa2 yang hilang. Just tali beg jer terputus.... Syukur sangat2
Mmg geram....tak boleh nak bayangkan my mom terseret sampai terduduk dekat jalan. Melawan jugak laaa dier, tak nak lepaskan beg tuh...tuh yg sampai terjatuh agaknya....
I just wonder. Sejahat2 peragut masih punya hati dan perasaan. Apa pulak peragut tuh rasa, kalo org lain buat macam tuh kat mak dier...
0 comments:
Post a Comment