Received this email from a good friend of mine. It makes me think...yeaaa, god works in really really mysterious way....
Just want to share this with all my friends..... and eventually we will realize and be grateful of what had happened in our surroundings :) .... Alhamdulillah...
ORANG IKHLAS  ITU TERTINDAS? 
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas  walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat  ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya  mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.  
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang  kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi  oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini.  Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang  bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja  sahaja.” 
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah  berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia  mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang  diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya  sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di  situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas  dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?  
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya,  “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar  kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai  encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?” 
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang  anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion  masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.  Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya  bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di  wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.  Memang, semua anak-anaknya menjadi. 
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji,  mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi,  “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana  yang kakak pilih?” 
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih  anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak  adalah harta kita yang paling berharga!” 
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya  keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat  ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah  telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila  kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak  yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” 
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri  dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give,  you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang  kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada  seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”  
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi  Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya  bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah  yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi  ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas  dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” 
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang  berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini.  Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong.  Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi  isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial  memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di  hadapan kita…” 
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat  kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan  dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam  kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang  tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong  sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu  sebelumnya memberi laluan untuk kita?” 
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu  tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan  memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah.  Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang  menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita  beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah  menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk  membalas kebaikan kita tadi.” 
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar  dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang  membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang  membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak  boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih  kepada satu respons minta diiyakan. 
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha  Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak  memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang  melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula  kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di  akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan  tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di  dunia lagi.” 
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan  dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang  setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan  yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan  terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir  kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat  naik pangkat!” 
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat  melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek  sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik,  tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you  get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan  juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada  kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek  mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.  
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal  tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos  tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our  “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan  diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti  memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”  
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat  kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana  umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang  Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi  kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada  manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.  
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun  manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan  kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti  memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima  kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” 
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar  impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan  kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu  pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
 
 
 
 
 
 

4 comments:
Wah, begitu insaf Along dijadikannya lepas baca entri ni. TQ for sharing. Betul..memang kekadang bengang..org lain dapat lebih, org lain dapat naik...tapi bila pikirkan...apa yg Allah bagi kat kita tu pun, dah lebih dari mencukupi.
Kena amalkan la...jadikan Allah itu CEO anda...insya'allah, hidup tenang!!
Saya selalu merasa tidak wajar untuk manusia untuk menjelaskan kententuan Allah dengan tafsiran sendiri.
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
Saya mendapati ayat tersebut amat bongkak kerana dia berlagak seolah-olah dia tahu apa yang Allah fikirkan.
Bukan hal manusia untuk menterjemahkan setiap ketentuan Allah. Terimalah seadanya, tidak perlu ditokok tambah. Apa yang Allah inginkan untuk kita, hanya Dia yang mengetahui.
think positive laa coelibes...apa2 pun, niat dia nak menyampaikan dekat kakak tu that masalah dia kat ofis, tapi kat umah tenang sbb anak2 menjadi... :aku: tak rasa niat dia nak tokok tambah apa2 pun...just nak kakak tu faham je...
:aku: ada sorang kawan kat ofis lama dulu...dia mmg selalu tertindas kat ofis, sbb ada boss banggang...tapi disebalik rungutan dia pasal keja dia tu, aku harap2 sgt dia dpt fikir macam kisah ni...dia masalah kat ofis, tapi suami baik yg sangat alhamdulillah...kat umah, mmg takde masalah...
It's not about the positives or the negatives. It's about recognizing the relationship between us - the creation, and God.
If we need to rationalize and only then be grateful to God, then something is really wrong.
In the story, why do we need to think that God will only grant only either one of her wishes?
Why can't God give both? Surely God is capable of doing that.
The rationalization is nothing but a feel good story for a sad soul, albeit a flawed one.
Human mind cannot even remotely understand God's work, so please don't pretend that we do.
By applying man-made justification to God's work is to ridicule the Almighty; and in the process pollute the fundamentals of our faith.
Applying human logic to God's work is a popular thing to do, heck you can even hear it on the Friday sermons - it is to make us believe that God is on our side, but it's just plain wrong.
Unconditional gratitude is the basis of our relationship with God - and that is my message.
Post a Comment