Aku tersedar bahawa kehidupan ini adalah lakonan semata - mata. Skrip dan watak telah ditentukan olehNya.... Malah pengakhiran juga sudah diketahui semua
Jadi....apa tujuan hidup....? Pilihlah untuk menjadi pelakon yang terbaik berlandaskan janji - janji yang telah dipersetujui
Aku boleh pilih untuk menangis meratapi nasib diri ini setiap malam,
Aku juga boleh pilih untuk menjadi orang yang kurang siuman,
Aku juga boleh pilih untuk tamatkan riwayat hidup...
Tapi aku pilih untuk menjadi pelakon....berusaha menjadi pelakon yang terbaik dengan skrip dan watak yang telah diberikan
Usah dibanding - bandingkan skrip diri sendiri dengan orang lain...Kerana watak dan cerita nya sudah tertulis untuk semua. Dan harus diingat bahawa watak itu diberikan untuk orang tertentu kerana penciptaNya yakin yang pelakon itu tentu dapat membawa wataknya sebaik mungkin...
Sesungguhnya, ganjaran di dunia ini hanyalah untuk kepuasan diri sendiri sahaja, untuk kebanggaan diri sendiri...untuk menunjuk - nunjuk...
Usah dirisau lakonan kita dinilai oleh orang lain....kerana orang lain juga adalah pelakon. Masing - masing adalah pelakon....berusaha membawa watak masing - masing.... Dan masing - masing juga bukanlah pelakon yang terhebat.....sebab semuanya masih belajar. Tiada seorang pun yang dilahirkan, terus jadi pelakon yang terhebat...!!! Jadi mana mungkin kita ingin menilai lakonan orang lain, sebab cerita dan watak diri sendiri masih belum berakhir .... dan kesemuanya membawa watak yang berbeza - beza dan cerita yang berbeza - beza....
Tiada siapa tahu siapakah dikalangan pelakon - pelakon itu adalah yang terhebat... Kerana di akhirnya hanya ada satu sahaja penonton yang agung dan adil akan menilai lakonan kita....
Jadi pilihlah untuk menjadi pelakon yang terbaik untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain...!!!
Define terbaik : Hanya diri sendiri tahu aper yang terbaik untuk dirinya dan bukan orang lain...
The One With the new hello
3 months ago
2 comments:
Saya suka posting awak kali ini terutama yang part..
"Usah dibanding - bandingkan skrip diri sendiri dengan orang lain...Kerana watak dan cerita nya sudah tertulis untuk semua. Dan harus diingat bahawa watak itu diberikan untuk orang tertentu kerana penciptaNya yakin yang pelakon itu tentu dapat membawa wataknya sebaik mungkin..."
totally agreed with you..
yeap..me also agree with that part. make me realize we all sedang diperhatikan dan dinilai oleh Yang Maha Pencipta...teringat lirik Hijaz...
" utamakan pandangan Allah, daripada pandangan manusia"...
Post a Comment