March 10, 2008

Tahap kesabaran manusia...

Peristiwa malam tadi
Membuatkan aku jatuh terduduk dan tersungkur....
Hati yang memang luka nie, bertambahlah lagi luka
Dah takder tempat dah nak tampal plaster
Memang pecah berderai....macam kena gelek stemroll...bersepah - sepah kat tengah jalan...

Satu - satunya orang yang aku percaya nak tolong aku... menikam aku dari belakang
Dan aku tak paham...kenapa dia buat macam tuh
Alasan...kesian kat dia
Dah tuh..tak kesian kat aku ker...??
Memang raser sangat terduduk lah.... terlopong aku sekejap
Tak boleh nak cakap aper2 dah
Macam anak tekak aku kena hempap ngan 100 tan konkrit
Terkedu aku sekejap...tak sangka

Peristiwa itu, membuatkan aku berfikir panjang...
Tentang hidup aku....
Nak go with the flow... aku tak larat
Nak melawan arus.... lagi ler aku tak berdaya
Lagi aku lawan..... lagi 1001 macam masalah lagi yang datang
All at the same time...macam takder sudahnya
Lepas satu satu, lepas satu satu

Aku ingat aku boleh control keadaan....
Tapi benda jadi sebaliknya...di luar jangkaan
Dan keadaan jadi makin susah, makin susah dan lagi teruk
Lagi complicated....

Jauh disudut sana.....ada seorang perempuan sedang memerhatikan dan mentertawakan aku
Dia macam aku jugak...serupa macam aku
Tapi dia duduk kat tempat gelap...cakap sorang2, gelak sorang2
Yang membezakan aku ngan dia ialah
Tahap urat ketahanan mental aku....yg setiap hari without failed cakap
" Keep strong and think positive"
Urat tuh semakin hari semakin nipis sebenarnya...
And anytime boleh putus.....dan aku boleh tumbang cam tuh jer...
Macam plastik bag tepi highway...kena langgar kereta
Kejap terbang kekiri....kejap terbang kekanan..takder haluan
Pastuh sampai kat tepi longkang...kereta lalu lagi...dan plastik tuh terbang lagi

Nak lari....??? Dah penat lah lari...
Sabar...?? Memang dah lama bersabar dan bertahan
Tapi sampai biler.....??
Makin aku dekat dengan kebahagiaan itu...
Makin jauh, makin jauh dan makin jauh aku raser...
Ker kebahagiaan itu pon lari dari aku......tak nak dengan aku
Kebahagiaan itu yang undur ke belakang
Dari jauh nampak samar - samar cahaya jer....

Entah lah....aku dah penat dah sebenarnya
Tak tahu sampai biler lagi aku nak bertahan
Dan harus bertahan
Hari - hari yang dilalui.....sangat lah kosong....
And sangatlah membazir..
Sebab aku tau, aku tak boleh nak ulang masa tuh
Dan isi dengan saat2 yang bahagia
So...memang membuang masa ajer lahhh
Kalau macam time bomb tuh..tau jugak biler nak meletup kan
Yang aku nie....tak tau lah biler ek... time bomb dah expired agaknya

Actually...tengah tunggu time jer...
Perempuan tuh cakap
" Welcome to the club babeh...." hehehhehheeeeee

23 comments:

Semuanya berasal dari dalam diri kau. Kau dah lost control of your mind and heart. Sikit lagi, kau boleh jadi gila kalau kau tak buang benda-benda negatif yang ada dalam diri kau tu.

Cuba kau keluar dari diri kau. Tengok diri kau dari perspektif yang lain. Kau akan tengok dan sedar, it's not that bad.

Bagi aku, bila dah sampai tahap ni, aku dah tak meluahkan kat blog. Sebab blog ialah benda mati.

Mintak tolong dari yang betul-betul boleh tolong. Not me, not mama, not ayah, not your cousins, not even your useless husband!

Mintak tolong dari Tuhan yang boleh mengubah semuanya, perfectly! Bukannya nak suruh kau jadi alim gile, pakai purdah bla..bla..But just enough dengan menyerahkan beban dalam diri kau tu secara total pada Dia.

dik....if u need someone to talk to..tgh malam buta, pagi2 buta, anytime of the day..u can always call me.....and make sure u call..ok!!!..i know its hard to survive, it's even harder to keep it to urself.

Bawak semayang jer. Banyakkan baca yasiin lepas subuh. Kalau subuh selalu subuh gajah, bawak-bawak la semayang subuh. Elok sangat lepas semayang subuh, wirid skit, baca yasiin, kalau boleh baca surah al-Waqiah, lagi bagus.

Banyakkan selawat dan mengucap.

Dalam keadaan camni, dekat dengan Allah adalah yang terbaik.

Thanks friends to all the advise...really appreciate it..

Agreed...total penyerahan kepada Tuhan is jalan yang terbaik..

But now, I'm seeing my life being control by this person.....and it's so helpless when you can't do anything about it...cause everything falls back to him..

Yang buat aku sakit jiwa is...siapakah dia..dier ingat dier saper ?? kenapa dier raser dier sangat berkuasa...yang dier raser hidup aku nie memang dalam gengaman dier...yang dier boleh buat sesuka hati..dan dia raser yang dier mempunyai...dier bukan Tuhan...dia just manusia lemah cam aku jugak, yang tak punya apa2...then why he can't see all this...and naper dier tak leh nak pikir kerrrrrrrr...????

I want to move on with my life... but at this situation i cannot move and cannot do anything ...cause everything i do and whenever i want to move...it punch me back really bad.... and it hurtsss

Tak giler ker, kalo pikir2 kann..

It's been too longgg.... and im hurt...hurt so badly...and im tired

Entah lah..tak larat nak pikir...and i think i'm going to be insane soon.. aahahahhaaaaa

apit,
sapelah aku nak bagi nasihat..tapi aku rasa di saat2 mcm ni lah kita dekatkan diri dgn Allah..mengadu pada Nya..berdoa byk2 agar dikuatkan semangat..diberi petunjuk utk menghadapi hari mendatang..

apa yg membezakan ko dgn 'org dlm gelap' tu adalah akal fikiran dan keimanan.

aku doakan ko akan lebih tenang especially pada waktu2 begini..fikirkan yang positif aje..buangkan segala yg negatif..itu semua hasutan syaitan yg mmg suka mengacau manusia yg hatinya sedang berkecamuk..

mmg hanya ko yg merasai..tp at least ko tau..you are not alone..masih ada yang mahu membantu ko berdiri tegak, teguh menghadapi segala dugaan ni..

ala...firaun, raja yang berkuasa memerintah satu tamadun purba yang grand tu pun akhirnya kalah...

inikan pulak sorang staf telekom bantut yang just berkuasa kat kau je (tu pun lost control).

don't worry la.

Thanks minah...

Yes..! At least i know there's people who still love me and support me....stand tall behind me... TQ so so muchhh..


Lambada

Ahahhaaaaa...sgt ler tak cover kan....staff telekom bantut...siotss jer aahhahaaaa...lawakss lerrr :P

semua org ada mulut dan mereka berhak bercakap sesuka hati. semua org ada kehendak dan mereka boleh berbuat sesuka hati.

tapi fikiran dan hati adalah milik dirimu sendiri. maka dgn itu kegembiraan dan kebahagiaan adalah hak mutlak setiap manusia. Cari lah ia kerana ianya adalah sebahagian dirimu. dan pohon lah kepada Allah s.w.t untuk memberi mu penyakit 'lupa' supaya dirimu lupa penderitaan yg lalu.

humm..apa yang ko citer ni anonymous...

jangan dilupa derita yang ada sebab ia adalah pengalaman. experience is always the greatest teacher. Jangan diminta supaya kau lalai dan lupa.

trust me, kau akan KETAWA mengenangkan penderitaan yang pernah kau lalui dan hari-hari mendatang akan kau rasa seperti kacang...(atau sayur)

mengingati penderitaan yg lalu sebagai satu unsur keazaman untuk meneruskan perjuangan adalah digalakkan. melupakan penderitaan yg lalu juga diharuskan untuk kita membuka 'buku baru' supaya sejarah silam tidak terus membelenggu diri.

betul la... some bad things yang happen takkan nak ingat2. contoh macam kalau kena rogol dengan mamat buncit jual besi buruk yang muka berminyak-minyak and tak potong bulu hidung...akupun taknak ingat mende tu! demm..

Ni takde kaitan ngan apit la. But since topik pasal marriage, mari kita kaji sifat jantan (jantan ke?) berikut.

1. perkataan kesukaan, "BODOH!"
2. konsep hidup, "BINI BUAT SEMUA"
3. konsep sharing, "SHARE DUIT" (bini yg kena share. dia tak share pun)
4. konsep suami, "KETUA KELUARGA"
5. konsep ketua, "ORG LAIN HAMBA"
6. konsep bini, "SEX"
7. ada salah, TAK NGAKU SALAH
8. then, POINT SALAH ORANG LAIN
9. bini lari, BUAT TAKTAU
10. bini nak jumpa, TAKMAU.
11. bini call, TAK JAWAB
12. bini sms, TAK REPLY
13. rumah, DAH TUKAR PADLOCK

Mari kita describe this kind of person dengan satu perkataan.

Bagi aku, perkataannya 'DAYUS'. Perkataan korang apa?

Jantan Penakut - Luaran jer mcam baguih, gagah sgt. Kat dalam hati kecik, pengecut dan x keyakinan diri. Suka tunjuk power kat kaum yg lemah Tapi klau jumpa org yg lebih power dr dia, trus jd 'tikus'.

LELAKI - EGO...selalu tgk drama...dialog yg kita selalu dengar...KALAU AKU TAK BOLEH DPT KAO....ORG LAIN PUN TAKKAN DPT KAO....mungkin yang tulah LELAKI ni cuba buat...dan sebagai LELAKI yang diangkat menjadi ketua keluarga..dia mainkan hak LELAKI..dan tunjukkan kuasa seorang LELAKI..tapi jangan risau..sebagai LELAKi dia jugak hak allah...tetap hamba allah..dan dia tak sekuat mana pun...percayalahh kepada ALLAH yang maha mencipta..maha pengasih..maha penyayang....IF GOD BRINGS YOU TO IT, GOD WILL BRING YOU THROUGH IT.INSYALLAHHHHHH.AMINNN.

suami yg x pandai membimbing isteri?? hehehehe..

Toksah dok pikir apa yg org tu buat.

Life goes on! Teruskan hidup macam biasa, dekatkan diri pada Allah. Buat apa nak pikir pasal apa org buat kat kita. Pikir apa yang kita dah buat pada Allah.

Kita lupa DIA, time senang kita lupa DIA, time susah baru nak terhegeh-hegeh nak ingat DIA. Nasib baik DIA tu Maha segalanya.

Life goes on. Isikan masa dengan banyak buat benda lain. Kalau dok pikir selalu memang sakit jiwa dibuatnya. Buat selamba dek je!!

Pasal laki ko tu, biarlah Allah yang menghukum dia. Dayus ke bacul ke, itu ketentuan Allah! Biar Allah yg hukum dia, dayus ke bacul ke atau apakejadahlagiyangada.

Make sure jangan sampai Allah hukum kita sudah, itu yang penting. Kata org tu, itu ini begitu begini biasanya balik kat kita semula. 1 jari tuding kat dia, 4 jari lagi ke mana?

Fikir-fikirkan.

Enough talking about the past, talk about future. Nak dapat bonus ni, plan-plan la pegi Umrah ke. Buat amal jariah ke. Nak lagi best, pegi lepak umah anak yatim, tgk keadaan dorang. Susah senang jadi anak yatim.

Tapi aku rasa pegi Umrah the best! Depan Kaabah boleh doa kat Allah direct tu! Powerrrr!

Istilah nusyuz tidak terhad pada si isteri. Nusyuz juga boleh terjadi pada si suami.

Sila baca artikel berikut:
http://www.darulkautsar.com/senaraiarkibberita/179.htm

Dalam kes ini, kedua-dua suami dan isteri telah berlaku nusyuz. Maka it's fair and square lah. Jadi, setelkanlah masalah sebaik mungkin.

Link tadi tak complete. Ni dia:
http://www.darulkautsar.com/senaraiarkibberita/179.htm

Alah..apa masalah...ending url tadi is 'htm'.

One more advice,

Dah pakai tudung tu, jaga la bebetul. Toksah la dok bukak bukak lagi tunjuk aurat tu.

Apa hukum sure ko dah tahu kan? So, jagala bebetul. Tudung tu bukan fesyen tapi hukum Allah. Wajib dipakai dan dipakai dengan sebaik mungkin. Bukan dengan style-style tertentu.

Apa-apa hal sabar bebanyak.

barricade ni suka bagi nasihat. bagus orangnye ni...

waakkakakaaaaa...

banyak nyer org comment...

ok lah....tima kasih bebanyak laaa yang sudi nak bagi advise, kongsi cerita, nak comment...

Aku terima sebaik - baiknyer...with all open hearts...korang boleh ckp aper korang nak, and once korang dah mengalaminya...tau ler cam ner raser dier nanti kan... ihihihiihhii :P

lambada,

Ko tu pun apa kurangnya. Ko pun bagus apa bagi nasihat.

I've been there & i know how miserable it was.

barri